Tuesday 29 November 2011

Bahagian Badan Manusia

Paparan video ini membantu guru di dalam matapelajaran Pendidikan Kesihatan Tahun 1
Berkenaan bahagian tubuh badan


REFLEKSI:
Dengan menggunakan video ini sebagai bahan bantu mengajar dapat menarik minat murid untuk lebih fokus di dalam kelas. Murid dapat menyanyikan lagu yang dipersembahkan di dalam paparan video ini. Guru perlu lebih kreatif di dalam menterjemah bahasa di dalam video ini agar lebih mudah difahami oleh murid-murid di dalam kelas.Ini adalah kerana video ini menggunakan Bahasa Inggeris di dalam medium penyampaiannya. 



Number




REFLEKSI:
Tayangan video ini mampu menarik minat murid untuk lebih fokus di dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas. Murid akan lebih seronok dan mudah memahami ilmu yang yang baru. Tayangan video ini juga membantu guru di dalam proses penyampaian maklumat di dalam kelas. Kelemahan yang terdadpat di dalam video ini adalah medium penyampaiannya adalah menggunakan Bahasa Inggeris. Maka guru perlu lebih kreatif dengan menyelitkan penggunaan Bahasa Melayu agar murid lebih faham isi kandungan video berkenaan.

Rancangan Pengajaran Harian Matematik Tahun 1


RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN MATEMATIK TAHUN 1

Kelas                                      : Tahun 1
Tarikh                                     : 07.September.2011 (Rabu)
Masa                                      : 30 Minit(1 Waktu)
Bidang                                   : Nombor dan Operasi
Tajuk                                      : Tambah dan Tolak
Standard Kandungan         : Murid dibimbing untuk:
                                                  2.3. Tambah dan tolak dalam lingkungan 100.
Standard Pembelajaran      : Murid berupaya untuk:
                                                   (ii). Tambah dan tolak dalam lingkungan 100.
                                                    (a). Melaksanakan pengiraan tambah dan tolak.
EMK                                       : Kreativiti dan Inovasi
Nilai Murni                            : Berani-Mencuba
Bahan Bantu Mengajar      : Kad Manila, Marker, Lembaran Kerja
Pentaksiran                          : Guru mengedarkan lembaran kerja kepada murid dan akan
  membincangkan tentang kesilapan yang dilakukan oleh 
  murid selepas membuat lembaran kerja yang diberikan.

Fasa
Cadangan Aktiviti
Cadangan Komunikasi
Persediaan
·         Penyoalan
1.    Guru menunjukkan satu pernyataan masalah di papan tulis.
(Rujuk Lampiran 1)
2.    Guru memilih seorang murid untuk membaca pernyataan masalah berkenaan.
3.    Guru dan murid akan berbincang tentang penyelesaian pernyataan masalah tersebut.
4.    Guru memperkenalkan symbol ‘+’ di papan tulis.
5.    Guru memperkenalkan perkaitan perkataan “banyak” yang membawa maksud “mayuh” di dalam Bahasa Iban.
1.    Pernahkan kamu melihat symbol ‘+’ ini?
2.    Tambah bermaksud “banyak” ataupun “mayuh” dalam Bahasa Iban.
3.    Selesaikan masalah yang ada di depan papan tulis.
(Perbincangan diantara guru dan murid)
Perkembangan
·         Penjanaan Idea
·         Sintesis Idea
·         Penilaian
1.    Guru menunjukkan soalan berupa gambarajah di papan tulis.
(Rujuk Lampiran 2(a))
2.    Guru membimbing murid untuk menyelesaikan soalan tersebut.
3.    Guru kemudiannya mengeluarkan satu soalan berupaya gambarajah di papan tulis.
(Rujuk Lampiran 2(b))
4.    Guru dan murid akan berbincang dan murid akan dipilih secara rawak di dalam kelas untuk menyelesaikan soalan tersebut.
5.    Guru memperkenalkan bentuk lazim kepada murid.
6.    Guru kemudiannya membimbing murid untuk menambah dengan mewakilkan gambar digantikan dengan nombor.
1.    Kita boleh mengira menggunakan jari ataupun menulis “batang menggunakan pensil di atas kertas untuk mengira”.
2.    Cuba lihat soalan bergambar di papan tulis. Bagaimanakah kita mencari jawapan apabila menggunakan operasi tambah?
3.    Cuba kita tukarkan perwakilan gambar dengan menggunakan nombor.
4.    Kita harus menggunakan bentuk lazim di dalam menyelesaikan operasi matematik.
5.    Bentuk lazim boleh kita ibaratkan sebagai “susun rumah”.
(Rujuk Lampiran 3)
6.    Kalau hasil tambah lebih dari 9 maka nombor depan akan dimasukkan ke rumah sebelah.
Tindakan
·         Pelaksanaan
·         Amalan Berterusan
1.    Guru mengedarkan lembaran kerja kepada murid.
(Lampiran 4)
2.    Guru akan membincangkan jawapan kepada murid.
1.    Saya akan mengedarkan latihan kepada kamu dan siapkan di dalam lingkungan masa 10 minit.
2.    Kita akan membincangkan jawapan bagi latihan ini.
Refleksi
1.    Guru akan merumuskan pembelajaran hari ini bersama-sama murid.
1.    Apakah yang telah kita pelajari pada hari ini?
2.    Ingat bahawa tambah selalu berkaitan dengan kuantiti yang “banyak”.


Refleksi:

KEKUATAN 
Kekuatan saya di dalam set induksi adalah soalan yang saya lekatkan di papan tulis mampu menjana idea murid dengan lebih berkesan. Setelah pembacaan pernyataan masalah selesai di baca oleh murid maka murid terus ada idea untuk menyelesaikan soalan tersebut. Soalan bersifat pernyataan masalah yang melibatkan nama rakan-rakan mereka menjadi lebih seronok untuk dijawab oleh murid. Disamping itu, alat bantu mengajar yang ringkas mampu menarik perhatian murid untuk fokus di dalam proses pengajaran seterusnya.
Kekuatan saya yang utama adalah pada kelantangan suara saya. Murid akan memberikan sepenuh perhatian terhadap kelantangan suara saya di dalam kelas. Kelebihan suara yang lantang mampu memudahkan tugas saya di dalam menyampaikan ilmu kepada murid secara berkesan. Murid akan menjadi lebih fokus kepada proses pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas. Kemantapan suara guru di dalam mengajar murid mampu menunjukkan ketegasan di dalam seni pengajaran bagi seseorang guru. Murid akan lebih jelas memahami segala maklumat yang disampaikan oleh cikgu. Kita sedia maklum bahawa murid tahun 1 terutamanya akan menjadi kurang fokus apabila guru tidak memberi sepenuh tenaga di dalam pengajarannya. Sekiranya suara guru tidak jelas maka murid akan mudah bosan dan proses penyampaian ilmu kepada murid akan menjadi tidak berkesan. Murid akan ketinggalan ilmu dari segi proses penyampaian ilmu secara bersemuka dengan guru.
Disamping itu, murid sangat berminat di dalam mempelajari sesuatu yang baru. Di dalam pengajaran saya, murid menjadi lebih faham apabila saya menyelitkan Bahasa Iban di dalam set induksi. Kalau sebelum ini ada diantara mereka masih tidak faham perkataan ‘banyak’ maka setelah diperkenalkan perkataan Bahasa Iban iaitu ‘mimit’ maka murid terus memahami bahawa perkaitan tambah dengan sesuatu benda yang banyak bilangannya. Selain itu, melalui pengajaran saya, murid menjadi seronok kerana saya menunjukkan gerak badan yang berkaitan dengan topik yang saya ajar iaitu tambah. Dengan melakukan gerak badan maka ia sekaligus memberi pemahaman yang terus kepada murid dan murid akan lebih memahami proses menambah. Yang paling sekali murid menjadi lebih seronok kerana saya dapat membimbing mereka menambah menggunakan jari dan ini sekaligus menjadikan pengajarannya saya lebih menarik.
Dalam proses pengajaran ini, saya ada menyelitkan perkataan-perkataan baru yang menarik dan mampu menguatkan pemahaman murid ke tahap yang lebih tinggi. Misalnya perkataan ‘bentuk lazim’, saya mengaitkan ayat berkenaan bersamaan dengan ‘susun rumah. Rasional saya menggunakan perkataan ‘susun rumah’ adalah murid akan lebih jelas dan faham bahawa penyelesaian soalan matematik melibatkan tambah amnya harus menggunakan ‘bentuk lazim’. Ingatan murid tahun 1 masih lemah dan mereka harus dibimbing dengan pengenalan bahasa-bahasa yang menarik agar mereka dapat faham dan ingat secara berterusan sehingga ke tahun-tahun mendatang.
  
KELEMAHAN
            Kelemahan utama saya adalah murid kelihatan takut untuk menjawab soalan yang saya kemukakan di hadapan kelas. Sebab yang utama adalah kelantangan suara saya menjadi satu ketegasan yang disalah ertikan oleh murid. Murid mengganggap setiap kali saya meninggikan suara untuk memberikan pengajaran dengan lebih jelas dianggap sebagai suara orang yang sedang marah dan ini menyebabkan murid tidak berani untuk menjawab soalan yang dikemukakan oleh saya. Bagi mengatasi masalah ini maka saya terpaksa memanggil nama murid secara rawak untuk menjawab soalan saya.
            Ketakutan murid di dalam menjawab soalan yang saya kemukakan merencatkan sedikit proses pengajaran saya di dalam kelas. Murid yang dipilih untuk menjawab soalan memberikan jawapan yang kurang tepat. Ini adalah kerana mereka ‘gelabah’ untuk menjawab soalan yang saya kemukakan. Disamping itu saya mendapati bahan bantu mengajar saya tidak begitu menarik dan bersesuaian di dalam mengajar Matematik Tahun 1. Ini adalah kerana saya baru menimba pengalaman di dalam mengajar kelas tahun 1.
Kelemahan saya seterusnya adalah saya menjalankan pengajaran secara terus kepada murid tanpa memanggil nama murid untuk menyelesaikan soalan di papan tulis. Maka kelemahan ini akan menjadi satu pengajaran yang berpusatkan guru semata-mata. Ini akan menyebabkan murid-murid yang lemah akan tidak memahami pengajaran yang saya lakukan. Hal ini dikesan oleh saya pada peringkat perkembangan pembelajaran dimana murid-murid yang lemah masih keliru menggunakan jari mereka di dalam proses menambah. Misal contoh 6+7=, ada diantara murid yang tidak tahu lagi menambah selepasa kesepuluh jari mereka telah digunakan. Alternatif lain yang boleh digunakan adalah dengan menggunakan jari kaki di dalam menambah nombor yang lebih daripada sepuluh.
Masalah utama yang didapati adalah pada latihan yang diberikan. Kebanyakkan murid melakukan kesalahan yang sama iaitu tidak memindahkan hasil tambah yang lebih daripada sembilan di nilai tempat sa ke nilai tempat puluh. Kesalahan ini diulangi untuk soalan-soalan yang lain walaupun telah diingatkan berulang kali.
            Selain itu, saya tidak mempunyai cukup masa di dalam memberi murid menyelesaikan latihan di dalam lembaran kerja yang diedarkan. Setelah menyemak jawapan murid, rata-rata mereka hanya membuat 4 sehingga 5 soalan yang betul sahaja. Ini adalah kerana mereka terpaksa mengejar masa yang diberikan oleh guru. Kerana kesuntukkan masa maka saya tidak dapat menjalankan proses penyemakan bersama-sama murid. Hanya satu soalan sahaja yang dapat diperbincangkan dan ianya tidak cukup memberi pemahaman yang lebih kukuh kepada murid.

LANGKAH MENGATASI
Bagi mengatasi masalah ini, saya akan cuba untuk menambah baik proses pengajaran saya di masa hadapan. Saya akan cuba untuk menghasilkan bahan bantu mengajar yang menarik dan sesuai untuk tahap pemikiran murid tahun 1. Disamping itu, saya akan menggunakan teknologi komputer di dalam proses pengajaran saya agar pengajaran saya menjadi lebih berkesan. Murid akan lebih fokus sekiranya pengajaran yang kita jalankan diselitkan dengan animasi-animasi menarik.
Saya juga akan memperbaiki kelantangan suara saya agar tidak nampak begitu tegas kepada murid. Murid akan lebih berani untuk menjawab soalan yang dikemukakan oleh guru sekiranya guru mampu menggunakan suara yang sederhana lantangnya. Murid tahun 1 masih diperingkat umur pembesaran dan mereka ini memerlukan sokongan dan kasih sayang daripada guru. Ini akan menjadi motivasi yang sangat berharga kepada murid-murid khasnya.
Seterusnya, untuk mengelakkan proses pengajaran yang berpusatkan guru, saya akan kerap kali memanggil murid untuk menjawab soalan di papan tulis. Untuk mengelakkan perasaan pilih kasih di dalam memilih murid menjawab soalan, saya akan menggunakan pelbagai teknik secara permainan kepada mereka. Diantara permaian yang menarik adalah seperti ‘kotak beracun, ‘cabutan nama bertuah’ dan sebagainya. Murid akan lebih seronok dan mereka juga akan menjadi lebih fokus di dalam mencari jawapan kepada soalan yang dikemukakan.
Pada pengajaran yang akan datang, saya akan cuba untuk mengawal tempoh masa saya di dalam setiap langkah pengajaran saya. Dengan mengawal tempoh masa, saya akan dapat merancang proses pengajaran saya dengan lebih teliti. Dengan ini, saya akan dapat memberikan lebih masa kepada murid untuk menjawab soalan yang diberikan secara lembaran kerja. Ini akan memberi saya lebih masa dan saya mampu menjalankan proses perbincangan bersama-sama murid. Murid akan mengesan kesilapan yang dilakukan olehnya dan dapat menjalankan proses pembetulan apabila berada di rumah. Ini sekaligus dapat mengelakkan murid melakukan kesilapan yang berulang di masa hadapan.