RANCANGAN
PENGAJARAN HARIAN MATEMATIK TAHUN 1
Kelas
:
Tahun 1
Tarikh :
13.Oktober.2011 (Khamis)
Masa : 30
Minit(1 Waktu)
Bidang : Sukatan Dan
Geometri
Tajuk : Ruang
Standard
Kandungan : Murid dibimbing untuk:
9.1 Mengenal Pasti Bentuk Tiga Dimensi(3D)
Standard
Pembelajaran : Murid berupaya untuk:
(i). Menamakan bentuk kuboid, kubus, kon,
piramid tapak
segiempat sama, silinder dan sfera.
EMK :
Kreativiti dan Inovasi
Nilai
Murni :
Berani-Mencuba
Bahan
Bantu Mengajar : Bentuk 3D(Bahan
Maujud), Kad Manila, Lembaran Kerja
Pentaksiran : Guru mengedarkan
lembaran kerja kepada murid dan akan
mengukuhkan ingatan murid dengan bentuk-bentuk 3D
yang diperkenalkan di depan kelas.
Fasa
|
Cadangan Aktiviti
|
Cadangan Komunikasi
|
Persediaan
·
Penyoalan
|
1.
Guru
menunjukkan bentuk-bentuk 3D di depan kelas.
2.
Guru
memanggil semua murid ke depan untuk menyentuh bentuk-bentuk 3D itu.
3.
Guru
akan menyoal murid dengan mengaitkan bentuk-bentuk 3D itu dengan bahan-bahan
yang terdapat di rumah dan sekolah.
4.
Guru
memperkenalkan tajuk pembelajaran hari ini kepada murid.
|
1.
Pernahkan
kamu melihat bentuk-bentuk 3D ini?
2.
Bentuk-bentuk
3D itu termasuk kuboid, kubus, kon, piramid tapak segiempat sama, silinder
dan sfera.
3.
Bentuk-bentuk
3D ini serupa seperti:
·
Kuboid/kubus-kotak
·
Piramid-seperti yang terdapat di
Negara Mesir.
·
Kon-Aiskrim
·
Silinder-sardin
·
Sfera-bola
|
Perkembangan
·
Penjanaan
Idea
·
Sintesis
Idea
·
Penilaian
|
1.
Guru
melekatkan nama-nama bentuk 3D di papan tulis.
(Rujuk
Lampiran 1)
2.
Guru
menyuruh murid membaca nama bentuk itu dengan sebutan yang jelas.
3.
Guru
memperkenalkan bentuk-bentuk 3D kepada murid.
(Rujuk
Lampiran 2)
4.
Guru
akan memanggil murid untuk melabel bentuk-bentuk 3D dengan menggunakan kad
ayat yang telah disediakan pada awal tadi.
|
1.
Sebutkan
kad ayat yang saya lekatkan di papan tulis dengan jelas.(kuboid,kubus,kon,piramid
tapak segiempat sama, silinder dan sfera)
2.
Guru
akan memperkenalkan bentuk-bentuk 3D kepada murid.
3.
Sekarang
saya akan menyuruh kamu melabelkan semula bentuk-bentuk ini dengan
menggunakan kad ayat yang telah saya sediakan sebentar tadi.
|
Tindakan
·
Pelaksanaan
·
Amalan
Berterusan
|
1.
Guru
mengedarkan lembaran kerja kepada murid.
(Lampiran 3)
2.
Guru
akan membincangkan jawapan kepada murid.
|
1.
Saya
akan mengedarkan latihan kepada kamu dan siapkan di dalam lingkungan masa 7
minit.
2.
Kita
akan membincangkan jawapan bagi latihan ini.
|
Refleksi
|
1.
Guru
akan merumuskan pembelajaran hari ini bersama-sama murid.
|
1.
Apakah
yang telah kita pelajari pada hari ini?
|
REFLEKSI:
KEKUATAN:
- Murid memahami bentuk-bentuk 3D dengan jelas.
- Murid dapat mengelaskan kad ayat yang mengandungi nama bentuk dengan bentuk yang disediakan oleh guru di hadapan kelas.
- Suara guru yang lantang memudahkan proses penyampaian ilmu di dalam kelas.
KELEMAHAN:
- Murid kurang seronok menjalani aktiviti pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas.
- Peruntukkan masa di dalam melaksanakan aktiviti pengukuhan tidak mencukupi.
- Murid yang berada pada pencapaian akademik 'sederhana' sukar untuk mengkelaskan bentuk-bentuk 3D dengan betul.
- Kawalan kelas longgar apabila murid melaksanakan aktiviti yang dirancang oleh guru.
LANGKAH MENGATASI:
- Guru akan menggunakan powerpoint di dalam aktiviti penyampaian ilmu di dalam kelas. Ini dapat menarik minat murid untuk lebih fokus di dalam kelas.
- Kaedah pengajaran melibatkan permainan akan diterapkan agar murid seronok untuk mempelajari matapelajaran Matematik.
- Peruntukkan masa akan dibahagikan sebaik mungkin di dalam setiap aktiviti langkah pengajaran.
- Guru akan lebih tegas di dalam memberikan arahan agar kawalan kelas menjadi lebih baik di masa hadapan.
sangat membantu :) TQ,,, mohon kebenaran copy...
ReplyDelete