Wednesday 7 December 2011

Rancangan Pengajaran Harian-Pendidikan Kesihatan Tahun 1


RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN  BAGI MATAPELAJARAN PENDIDIKAN JASMANI TAHUN 1
KELAS/MASA/SUBJEK
KANDUNGAN

CATATAN
Pendidikan Kesihatan
Tahun 1
0800 - 0830
(30 Minit)


TARIKH:
02.03.2011
(RABU)
Tajuk: Kesihatan Fizikal
Fokus:Pemakanan
Standard Pembelajaran:
·         1.4.1. Memilih jenis makanan harian yang berkhasiat
·         1.5.3.Menjelaskan kepentingan makanan dan minuman yang betul.
Aktiviti:
1.       Guru menunjukkan gambar makanan yang berkhasiat dan yang tidak berkhasiat di papan tulis.
2.       Guru bersoal jawab dengan murid berdasarkan gambar tersebut.
3.       Guru menerangkan kesan makanan yang berkhasiat dan tidak berkhasiat dengan tubuh badan manusia.
4.       Guru membahagikan murid kepada 2 kumpulan. Kumpulan A akan membincangkan kesan makanan yang berkhasiat dan kumpulan B akan membincangkan kesan makanan yang tidak berkhasiat.
5.       Selesai perbincangan kumpulan, murid akan membentangkan hasil perbincangan di hadapan kelas.
6.       Guru dan murid akan merumuskan aktiviti pengajaran dan pembelajaran untuk hari ini .
Refleksi: 8 orang murid mampu memahami kesan khasiat makanan yang berkhasiat.
Bilangan Pelajar: 8 orang
Bahan Bantu Mengajar:LCD,Laptop, Kad manila, marker pen
EMK: TMK
Impak: 8 orang murid mampu memahami topik yang dipelajari pada hari ini.

REFLEKSI :

KEKUATAN:

  1. Murid-murid memahami topik yang diajar dengan jelas kerana saya telah menunjukkan contoh-contoh gambar yang membezakan diantara makanan yang berkhasiat dan yang tidak berkhasiat.
  2. Setiap kumpulan mampu memberikan hasil perbincangan yang menepati tajuk yang dibincangkan.
KELEMAHAN:
  1. Ada diantara murid yang masih keliru misalnya keropok ikan dikategorikan diantara makanan yang berkhasiat.
  2. Perbincangan kumpulan mengambil masa yang lama dan guru terpaksa menyingkatkan masa untuk memenuhi masa pengajaran kelas.
  3. Murid membuat bising semasa aktiviti kumpulan.
LANGKAH MENGATASI:
  1. Saya akan menggunakan powerpoint agar paparan slaid lebih menarik dan mudah difahami oleh murid.
  2. Aktiviti berkumpulan akan dipecahkan kepada 4 kumpulan berbanding 2 kumpulan sebelum ini bagi mengelakkan murid daripada berbual kosong sesama rakan mereka. Masa yang diberikan kepada setiap kumpulan untuk membincangkan tajuk yang diutarakan adalah sekitar 5-7 minit sahaja.
  3. Arahan akan diterangkan dengan lebih jelas kepada murid.
  4. Aktiviti pengukuhan akan diberikan kepada murid selepas selesai aktiviti P&P.


No comments:

Post a Comment