Wednesday, 7 December 2011

Rancangan Pengajaran Harian-Pendidikan Jasmani Tahun 2


Mata Pelajaran                         : Pendidikan Jasmani
Tunjang                                    : Kecergasan Fizikal
Tajuk                                       : Ketangkasan
Kemahiran                               : Bergerak dengan pantas sambil bertukar arah atau posisi.
Tarikh                                      : 10.05.2011
Masa                                       : 0900 – 0930(30 minit)
Tahun                                       : 2
Bil.Murid                                 :16 orang
Objektif                                   : Pada akhir pembelajaran, murid-murid berupaya untuk:

  • ·          Psikomotor: Mengenalpasti anggota badan yang terlibat semasa melakuka aktiviti ketangkasan.
  • ·          Kognitif: Menyatakan bahagian kaki dan tangan digunakan sepenuhnya semasa aktiviti ketangkasan.
  •        Afektif: Memupuk keyakinan diri, kerjasama dan bertanggungjawab.
Pengalaman sedia ada         : Murid telah mengaplikasikan aktiviti ketangkasan apabila bermain dengan
        rakan-rakan mereka.
Penerapan nilai                    : Bekerjasama
KBKK                                :Membanding beza
Alatan                                  :Bola, buluh, wisel, gelung rotan
BAHAGIAN
/MASA
AKTIVITI
FOKUS PEMBELAJARAN
ORGANISASI
CATATAN/ALATAN
Permulaan
(5 Minit)
Memanaskan Badan

Regangan tangan






Badan dan pinggang




Paha dan kaki



Badan mesti berdiri tegak. Tangan diluruskan ke depan dan digerakkan ke kanan dan ke kiri. Diulangi sebanyak 2 kali.
Tangan mencengkam pinggang dan buat separuh pusingan dari kanan ke kiri. Ulang sebanyak 2 kali.
Lari setempat dan berdiri tegak dan tolak kaki ke depan dan belakang.Ulang 2 kali.
Murid dibahagikan kepada 2 kumpulan.
Setiap kumpulan mengandungi 8 orang murid. Sususan murid ditunjukkan seperti rajah dibawah:
   xxxxxxxx
      Guru
   xxxxxxxx
Verbal

Intrapersonal
Langkah 1
(10 Minit)

Gerak kerja kelas

Lari pecut zig-zag




Larian pecut dan sentiasa bertukar arah kiri dan kanan, depan dan belakang berdasarkan bunyi wisel yang ditiupkan oleh guru.
Murid akan berlari secara individu.
BBM: Wisel, kon
Langkah 2
(10 Minit)
Aktiviti “Pijak Bayang Rakan”.
Guru akan membahagikan murid kepada 2 kumpulan. Setiap kumpulan akan cuba untuk memijak bayang-bayang kumpulan lawan. Bayang-bayang yang dipijak dikira kalah dan markah akan diberikan kepada kumpulan yang Berjaya.
Murid akan dibahagikan kepada dua kumpulan iaitu kumpulan A dan B.
BBM: Gelung rotan, kon dan wisel
Penutup
(5 minit)
Gerak kendur tangan dan lengan
Berdiri tegak , kaki dibuka melebihi luas bahu.
Kuncikan jejari kiri dan tangan kanan.
Tolak tangan lurus ke hadapan sambil membongkok 90 darjah.
Goyangkan kaki dan kiraan 5.
Murid akan berdiri dalam bulatan dan menghadap guru.
Murid akan mengikuti sepenuhnya pergerakan yang ditunjukkan oleh guru.


REFLEKSI:

KEKUATAN:
  1. Murid seronok menjalankan aktiviti permainan "Pijak Bayang Rakan".
  2. Murid dapat menjalankan semua aktiviti ketangkasan yang dikelolakan oleh guru.
  3. Murid memberikan sepenuh kerjasama di dalam menjayakan aktiviti pengajaran pada hari ini. Ini jelas dilihat kerana murid mematuhi segala arahan yang diperkatakan oleh guru.
KELEMAHAN:
  1. Semasa aktiviti permainan "Pijak Bayang Rakan", ada diantara murid yang telah dipijak bayang masih lagi tetap kekal di dalam permainan.
  2. Kawalan kelas longgar semasa aktiviti permainan dijalankan.
  3. Murid masih belum jelas kepentingan aktiviti memanaskan badan.
LANGKAH MENGATASI:
  1. Guru perlu lebih jelas memberikan arahan sebelum memulakan aktiviti permainan agar murid faham dan kelancaran aktiviti dapat dijalankan.
  2. Guru perlu menjelaskan kepentingan memanaskan badan dari masa ke semasa.
  3. Murid yang didapati tidak mendengar arahan akan diberikan hukuman ringan bagi memberi amaran agar tidak mengulangi aktiviti yang sama di masa hadapan.

No comments:

Post a Comment