Wednesday 7 December 2011

Rancangan Pengajaran Harian-Pendidikan Jasmani Tahun 1


RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN  BAGI MATAPELAJARAN PENDIDIKAN JASMANI TAHUN 1
KELAS/MASA/SUBJEK
KANDUNGAN

CATATAN
Pendidikan Jasmani
Tahun 1
0730-0830
(1 Jam)


TARIKH: 24.01.2011
(ISNIN)
Tajuk: Pergerakan Asas
Fokus:Pergerakan Lokomotor
Standard Pembelajaran:
·         1.2.1. Melakukan pergerakan berjalan, berlari, mencongklang(galloping), menggelongsor, melompat, melompat sebelah kaki(hopping), berskip dan melonjak (leaping).
·         2.2.1. Menyatakan pergerakan Lokomotor dan bukan Lokomotor.
·         5.1.1. Membuat persediaan diri sebelum, semasa dan selepas melakukan aktiviti Pendidikan Jasmani.
Aktiviti:
1.       Guru membimbing murid melakukan aktiviti memanaskan badan.
2.       Guru menunjukkan pergerakan berjalan, berlari, mencongklang, melompat, melompat sebelah kaki(hopping), berskip dan melonjak (leaping) kepada murid.
3.       Murid akan melakukan aktiviti yang ditunjukkan guru secara individu.
4.       Guru akan menggunakan alatan seperti kerusi panjang, gelung rotan dan kon di dalam mengaplikasikan pergerakan yang telah ditunjukkan tadi. Muzik akan dimainkan agar pergerakan yang dilakukan menjadi rancak dan menarik.
5.       Guru akan membimbing murid melakukan aktiviti ‘cooling down’.
Refleksi: 8 orang murid mampu melakukan pergerakan seperti yang ditunjukkan oleh guru.
Bilangan Pelajar: 8 orang
Bahan Bantu Mengajar:Gelung rotan, kon, kerusi panjang.
EMK: TMK-Radio
Impak: 8 orang murid mampu menguasai kemahiran dengan baik.

REFLEKSI:


KEKUATAN:

  1. Murid mampu melaksanakan segala pergerakan yang telah ditunjukkan oleh guru.
  2. Murid seronok melakukan aktiviti pergerakan dengan menggunakan bahan bantu mengajar yang disediakan.
  3. Suara guru yang lantang memberikan satu pemahaman yang jelas kepada murid-murid.
KELEMAHAN:
  1. Kawalan kelas longgar sewaktu aktiviti pergerakan menggunakan bahan bantu mengajar.
  2. Ada diantara murid yang keliru dengan perkataan 'kiri' dan 'kanan'.
  3. Murid didapati sukar melakukan aktiviti mencongklang berbanding pergerakan yang lain.
  4. Muzik yang digunakan didapati tidak bersesuaian dengan aktiviti pergerakan yang di tunjukkan.
  5. Murid masuk lewat ke kelas yang seterusnya.
LANGKAH MENGATASI:
  1. Saya akan memberikan panduan yang sejelas yang mungkin kepada murid agar mereka lebih memahami segala pergerakan yang ditunjukkan. Ini untuk memastikan semua murid mampu melakukan pergerakan terutamanya pergerakan mencongklang.
  2. Guru akan memberikan pemahaman betapa pentingnya melakukan aktiviti memanaskan badan dan juga aktviti menyejukkan badan agar murid dapat mengaplikasikannya sebelum melakukan aktiviti jasmani.
  3. Guru akan menggunkan muzik yang bertepatan dengan pergerakan yang diajar pada masa hadapan.
  4. Masa akan diberikan secukupnya kepada murid untuk menukar pakaian sebelum menghadiri kelas seterusnya.

No comments:

Post a Comment